ExPlORe ThE ReAL WoRLd...

ExPlORe ThE ReAL WoRLd...
ThE WoRLd fuLL Of SiN And We As A SLaVE...

Wednesday, September 30, 2009

CinCin,KeyChain dan Kad.. .. ..

Pagi tadi aku menerima sekotak hadiah yang telah dipostkan oleh abang aku dari Port Dickson.NAsib baik aku baru lepas habis sesi bersenam.kalau tak,miz la aku nak terima hadiah tu dgn tangan aku sendiri.huhuhuh.Walaupun kotak hadiah tu kecik jer dan berbalutkan kertas coklat ,lepas je aku buka..3 benda yang ada dlm kotak kecik tu.Nak tau apa??jeng...jeng..jeng..(kasi suspender ckit.wawawawa!!).Aku dapat CINCIN,KEYCHAIN dan KAD handmade.Ermm..ucapan kat kad tu tersangat indah hingga aku dah tak tau nak cakap apa lagi kat abang aku tu kat msg.hehehe.Tpi Tnx ar abag koz susah-susah kan diri beli mende tu semua kat aku.yer la..aku ni budak simple jer (aishh,masih budak ker ?huhu).TNX aLoooOOOTT!!!
Nama abang aku tu ..ermm..ishh..ermm.(aisehmen,nak gitaw gak ker ?ermm)..ok..nama yg aku panggil ialah IZ !!
hehehe

P/S : aku akan bagi korang tgk hadiah tu kemudian.huhuh

Sunday, September 27, 2009

Aku Sang Gejoloh !!! wahkahakah !!


pukul 10:30 pagi tadi aku kuar jln2 ngan kazen aku.huhuhuuh..Then tiba jer kat pasar,perut aku menangis minta makan.huhuh..Apa lagi,aku dgn kazen aku pun mkn la kat kedai mamak.wahahah!! Aku order mee goreng tanpa kicap ( Mee Pebret aku!).Makan punya makan,ntah la kenapa tiba2 aku lambai waitress kat kedai tu dan minta sepinggan lagi mee goreng.wahakahakah!Ternganga waitress tu!!aku duli hapa!aku punya perot,aku punyer suka ar nak sental 20 pinggan mee goreng pun.huargggHhh!!Sampai kat umah.jeng..jeng...jeng....perut pun dah kenyang sampai berjalan pun dah tak betol.hahaha...

Saturday, September 26, 2009

BuDaK 3 TahUn MatI DiTiKam OleH BaPa SauDaRaNyA!


Ntah la..aku tadi tengah syok cari lampiran utk assignment aku.Tiba2 aku terpandang satu image di mana sorang budak tersenyum riang.Tapi aku tekejut ngan tajuk image tersebut (sama ngan tajuk posting aku nih!).Kesian + Marah,might be itu yg korang rasa kan?Kadang kala kita asyik dihidang ngan ayat nih , " Tuhan lebih menyayangi dia,tu la sebab dia pergi awal.".Tpi pada hakikatnya pemergian dia seolah-olah dirancang dan telah dijangka (oleh pak cik nya yg bodo itu.).Aku tak tau lar apa nak jadi ngan dunia skrg nih,nak kata terbalik,tak juga.aku masih gak berdiri pakai kaki.ermm..pelik!Tu la dia,pengaruh dadah.Mungkin korang akan geleng kepala atau mengeluh kesian,tapi kalau korang berada kat tempat bapanya,huh!sure korang leh jadi gila.ok..aku nak citer ckit pasal kejadian hitam tu.: budak tu tengah tgk Tv kat ruang tamu ngan nenek dia.tiba2 bapa saudara dia (Yang sewel nak mampoz!) datang n kuarkan sebilah pisau then tikam mangsa di bahagian rusuk kanan.Neneknya yg menyaksikan kejadian ngeri itu terus memangku mangsa keluar utk meminta pertolongan manakala bapa beliau yg tido tidak jauh dari situ bangun lalu membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa disahkan mati.Bapa saudara mangsa telah ditahan.Kejadian ni berlaku kat Gua Musang pada 1 Sept 2009!..

wokeh,korang renung la sendiri.cuba korang try berada kat tmpt bapa mangsa.apa korang rasa?apatah lagi neneknya yg menyaksikan penuh peristiwa ngeri itu.Gerenti korang marah kan?gerenti korang rasa nak jer kasi bapa saudara dia tu sepakkan maut ke neraka.Tapi apa kan daya,benda nak jadi.Tapi kesian budak tu.Semoga budak itu bahagia di sana.


P/S : aku tertarik ngan image tu dan terus cari detail pasal peristiwa tu coz budak tu sejibik macam rupa anak buah aku!Serius!!!aku tak tipu.

Friday, September 25, 2009

Tensen !

ARgHHhhh!!!aku bangun lewat hari nih.Aku takder kuliah,masih dalam mood cuti.Tapi aku dah set time cuti nih aku nak wat senaman sit dan push up tiap pagi kol 9.Bangun jer aku pagi tadi,aku tengok jam kat telefon bimbit..pukul 9 :03 minit!!!WargGHhhhH!Tensen.Terpaksa aku skip senaman hari nih.ish!tensen kepala lutut aku nih!!!

Aku KonpiUs !


Dua hari yang lalu..time malam,aku dapat kol daripada kawan aku.Mungkin story nih dah xpired tapi perkara ini terus menghantui diri aku.imbas muka....jeng..jeng..jeng..aku kenal ngan x (bukan nama sebenar) ni kat alam siber,kira maya la tu.huhuhu.Malam tu,time raya,dia msg ngan aku.dia kata dia tensen dan stress.x kata dia ada banyak masalah.Aku apa lagi,dengan selamba badaknya mendengar luahan hati x.Tidak kusangka time syok aku dengar luahan hatinya,tiba-tiba x kata dia suka kat aku.wargHHhhh!!!terkejut berok aku dibuatnya.nasib baik aku tak jadi berok.hauhuahua.Aku apa lagi,dengan selambanya menjelaskan keaadaan yang sebenar kepada x.aku kata aku ni terlalu muda untuk dia.Lagipun time kenal dulu aku dah kata aku nak wat friendship jer.Then dia bantai aku ngan ayat powernye,dia kata cinta tidak besandarkan rupa dan usia.Aku pelik ar.apa kaitan lak kan?heheh..then x kol aku,dekat setengah jam lebih aku berbual ngan dia.Dia kata dia nak delete memori yang menganggu dia termasok aku sekali koz dia tahu siapa diri dia pada aku.aku pun tak kata apa2.Lepas jer abiz kol,aku tak msg dia lagi.Nak tido lak.Pas tu dia msg aku lagi,dia kata dia tarik balik kata2 dia tu koz dia kesiankan aku.huhuh.tapi aku tak minta dikesiankan pun.dia patut kesiankan diri dia sendiri.mcm2 lar dia nih!tak paham aku.Tapi aku tetap masih menganggap dia sebagai kawan.


p/S : aku ada kata kat dia ayat nih " kalau ko sayang aku,ko sayang la.kalau ko cintai aku,ko cintai lar.Tapi aku berjanji akan menyayangi ko sebagai seorang teman."

Thursday, September 24, 2009

KiTa HaMbA


sama ada korang nak ngaku ker atau korang nak aku ngaku untuk korang...korang kena gak terima hakikat bahawasanya korang dan aku ialah hamba di dalam dunia ini.Mesti korang pelik kan asal aku ikut suka kepala hotak berjambul aku cakap korang dan aku hamba.Takper,buka mata korang betol-betol ar.Gerenti dalam hidop korang,korang pernah terasa dah sedey apabila korang tak dapat apa yang korang inginkan.Sedar atau tidak korang telah menjadi hamba nafsu korang sendiri untuk mengimpi dan untuk bersedey.Dalam satu perkara yang aku rasa berkaitan lar jugak,gerenti korang pernah tertido atau saja-saja nak tido walhal korang ada kuliah ker,meeting ker..apa-apa jer la nak disettle.pas tu,korang bangun gerenti korang pandang jam dahulu.Pas tu,three..wahkahakah..(okeh,puas ketawa,sambung balik),korang mesti bergegas kuar umah untuk attend kuliah ker,metting ker ,apa ker..hmm....Sama ada korang sedar atau separa sedar,korang telah menjadi hamba waktu dan masa .Korang takkan sedar kerana kadang kala korang dibutakan dengan kecelaruan dalam pala hotak korang.Tapi bukan tu jer yang menjadi inti pati untuk korang nak cari identiti sebenar kehambaan...korang mungkin sedang melalui proses penghambaan ini.hahaha...Chaw Cin Chaw!!