ExPlORe ThE ReAL WoRLd...

ExPlORe ThE ReAL WoRLd...
ThE WoRLd fuLL Of SiN And We As A SLaVE...

Wednesday, December 30, 2009

Dunia Kolej dan Yang sewaktu Dengannya !

sempat bina badan kat kolej

amacam?ada gaya model?hehe

pompuan duk sebelah aku tu cute tak?



haha..kamceng.



aku ngan Lydianna.cute pompuan nih.tpi syg dah berpunya.




Minah ni ada hati ngan aku.
Aku btol2 tak sangka aku dah bergelar pelajar kolej.haha.yerla,sebelom ni ingat nak duduk je kat sekolah menengah.Tapi setiap tempat yg kita tinggal dan bermain,sure ada manis dan pahitnya jugak.Cuma sweet and sour je takde.wakaka.Berikut merupakan snapshoot time aku bergelar pelajar Poli semester pertama!












Aku Jatuh Cinta ke ? !


Semalam,sekali lagi aku kol kawan aku tu.berbual2 sambil ketawa sampai tak sedar dah pukul 5 pagi.haha.kesian kat dia koz dia korbankan tido dia koz nak borak ngan aku.yer la,dia kerja pukul 8 pagi.haha.tpi takper,dia gembira borak ngan aku smlm.ada satu part time tgh borak,aku gelak sakan koz dia melawak spontan.haha.tak henti2 aku ketawa.ERM...dlm aku ketawa tu dia ckp dia syg giler kat aku.UIKS!!senyap terus aku walaupun ada sikit saki baki tawa.wahaha.lepas tu aku tanya naper syg aku.Dia ckp sbb dia suka dgr aku KETAWA.Haahaa.Aku dha lama knl ngan dia.tu r,dulu ringan2 je..skrg aku pun dah start syg kat dia.Erm...Rasa tak sabo nak tunggu tiap2 mlm nak kol n borak ngan dia.wakakak

SAYANG KO !!

Sunday, December 27, 2009

TERSINggUNG !!!

Dulu Jumpa Duyung kat MukAH !?? Btol ke ???!!


Sehubungan dengan penemuan ikan jerung yang jarang ditemui di lautan di Mukah hari tu.Ada khabar berita mengatakan bahawa dahulu nelayan kat Mukah ada menjumpai ikan duyung terperangkap kat pukat nelayan.Kes ni aku tak sure koz org yg menceritakan citer ni org tua yg rapat ngan aku.Diaorg kata duyung tu badan mcm manusia,mcm kita gak.Cuma beza ialah duyung ada ekor mcm ikan (ala,yg kita tgk kat citer Duyung Maya Karin tu ).Tapi satu yg sure tak ada org yg boleh dekat ngan duyung tu masa tu koz duyung tu boleh libas org pakai dia punyer ekor.Duyung yg ditemui itu kemudian dikurung.Setiap malam dikatakan duyung tu menangis menunjuk ke arah tasik.Perasaan perikemanusiaan penduduk Mukah telah menyebabkan duyung itu dilepaskan semula ke tasik.Sehingga ke hari ini,tiada seekor duyung pun yang dijumpai atau didetect kat Tasik berhampiran ngan bandar Mukah.Hmm,aku not sure la pasal kes ni,koz aku dgr org citer je.Org kata air mata duyung boleh dibuat obat.Betol ke ?
erm..ntah la,dunia ni penuh ngan misteri ! Jeng...jeng...jeng...!!

Monday, December 21, 2009

aku ada satu lagi lagu .....

LAGU BUATMU


TIADA KATA CINTA YANG MAMPU KU UKIRKAN
TIADA MADAH HELAH YANG INGIN AKU BERIKAN
KU HARAP ENGKAU BISA MERASA HATI KU INI
TAK MAMPU KU LUAHKAN WALAU SEUCAP BICARA

DENGARKANLAH SAYANGKU…
LAGU INI BUATMU….OH
AGAR KAU SEDARI HATI INI YANG MERINTIH…
DATANGLAH PADAKU KASIH…
GEMERSIK GITARKU PETIK…
HARAPAN KAU TAHU DIRIKU MEMERLUKANMU…
ANDAINYA KAU BISA…AH…
MENDENGAR BISIKAN HATI
USAH KAU BERPALING KEMBALI PADAKU

SEKIAN LAMA AKU MENANTIKAN GADIS ITU
KU KORBAN AIR MATA SEBAGAI MENGHILANG RINDU
KU HULUR DOA MALAM AGAR KAU LENA HENDAKNYA
DENDANGAN LAGU INI SEBAGAI SANTAPAN MIMPI

Saturday, December 19, 2009

WiThouT xCusess..DamN !

Ikan jerung coklat berbitik Ditemui di Mukah











petang tadi kira2 kol 3 petang,time aku rest ...tiba2 telefon bimbit aku berbunyi.Isk...kacau aku nak rest tol.rupa-rupanya mak aku kol.dia suruh aku gi jeti koz ada org jumpa jerung besar.Arghh!Tanpa berlengah lagi aku bangun dari katil dan pakai smart2 sikit.aku berlari anak menuju ke jeti.Warghhh!ramai btol org berkumpul kat jeti time tu,mcm mana nak tgk ?haha..
tpi ku memberanikan diri untuk bergerak dalam celahan org ramai.haa.lastly,aku nampak dgn mata kepala aku sendiri seekor jerung coklat sebesar kapal kargo.Tak sangka aku dapat tgk jerung yang jarang ditemui itu scara real!Menurut cerita sebaran org ramai,jerung tu terperangkap kat pukat nelayan bernama Abu..erm,tpi malangnya mati kat pukat.so,diaorg heret jerung besar tu dari tengah laut ke jeti kat tepi pasar.Sebuah lori digunakan untuk mengangkat jerung itu dari dlm air ke darat.Namun beberapa kali cobaan mengangkat gagal.Tali kapal yang digunakan utk mengangkat putus...lori senget!!Warghhh!!Berat giler..nama pun dah jerung besar.huhuhu.Then,diaorg putus asa nak angkat lagi...last2,diaorg heret jerung itu ke tebing yg cetek menggunakan bot atau kapal nelayan.Fuyohhh!!time diaorg heret tu,ekor jerung tu mcm masih hidup siap terangkat lagi.haha..
final result...ikan jerung yg malang itu dipotong kecik bagi memudahkan org ramai mengangkat paus tersebut ke darat seketul demi seketul.huhu..kesian..

Additional imformation : Aku rasa jerung tu sesat kot.then teperangkap kat pukat nelayan.
p/s : YEEHHAAA..aku jadi org pertama yg melaporkan perkara ini di internet(blog la tu kiranye.hehe) sebelom news ni kuar kat newspaper pagi esok..hahahahaha..rasa bangga lak aku.huhu..

Wednesday, December 16, 2009

Drama indon di pasar !!

aku jalan ngan adik aku kat pasar pagi tadi..ntah lar,time aku jalan2 kat satu blog bangunan,YA Ampun!!!itu saja yg dapat aku kata DLM hati !ISK! beratus2 org indonesia kat pasar.habis sesak satu pasar.Aku dapat tgk pompuan idon sedang beli barang,sdg memujuk anak2 diaorg yg nangis,ada lagi yg lelaki n pompuan lepak kat kaki lima.ISK!tak cukup ngan tu...ada lak geng lelaki indon ni naik satu lori...WARGHH!!! Penoh satu lori...itu baru dlm lori....sampai berteriak diaorg dalam lori tu!HUH!!riuh satu pasar disebabkan diaorg.!!!then aku ngan adik aku jalan lagi kat area air pancot!!!ISKKK!!!!!!!! penuh satu area air pancot disebebkan diaorg gak!!!Semua diaorg yg conquer!!Dah la ada certain2 diaorg ni buat lak tempat kita mcm tmpt diaorg sendiri!ADoii!Isk,kalau kerajaan masih lagi amik endah tak endah pasal kemasukkan pendatang asing ke negara kita...sure satu hari nanti negara kita akan dibanjiri dan diconquer oleh diaorg !! AKU jamin 100% !! JGN lak wat2 terkejot kalau pendatang asing buat busineess lagi beso dari org locak k ??

Tuesday, December 8, 2009

Juan Cabana scary artworks !!








INI adalah sebahagian daripada artworks mahkluk laut yang Juan Cabana reka.Mereka dijual dengan harga yang amat tinggi!

Juan Cabana,artis mahkluk laut teragung.



korang pernah dengar tak cerita atau kes di mana semenanjung,kepulauan Broneo dan sabah digemparkan dengan penemuan seekor duyung yang mati di tepi pantai ? Aku merupakan salah seorang manusia yg percaya 100% pasal menda tu apatah lagi kat youtube bersepah video penemuan duyung tu.Ada yang kata duyung tu ditemui di Pasir Pandak..ada gak yang tak nak kalah kata ditemui di Pasir Putih.Aku mula jadi keliru..apatah lagi Sabah turut menemui duyung yang sama.Namun tiada bukti sehingga ke hari ini.
Sebulan yang lepas,sdg syok aku melayari internet,aku termasok ke dlm blog sorang blogger.Dia attach 6 keping gambar duyung tu.Tapi dlm 6 keping gambr tu,duyung tu ditemui mati di tempat yang berbeza dlm satu masa,ermm..kembar ke ?Then,ntah lar tiba2 hati aku tergerak utk wat research pasal duyung tu.aneh kan ?
Surf punya surf..at last aku terjumpa fakta rasmi berkenaan ngan duyung tu.
Korang pernah dgr nama JUAN CABANA??
haha..ok..beliau merupakan artis yang bertanggungjawab ke atas duyung tu.duyung tu merupakan patung yg beliau reka pada tahun 2008.Nama patung duyung tu ialah NERINA (bukan Preety Nerina yang kita Malaysia andaikan).Percaya atau tidak..beliau mecipta Nerina dan membawanya ke area pantai utk amik beberapa shoot gambr bertujuan supaya gambr tersebut nampak real dan natural dgn seekor duyung.Namun gambr tersebut tersebar ke serata dunia yang kemudiannya menjadikan Nerina sebagai aset yang menjadi bualan ramai.Sampai ada yg mengaku menemui Nerina di pantai di Malaysia.Tak tau malu btol!
PERcaya atau tidak...Juan Cabana telah bayak mereka patung bertemakan mahkluk halus laut dan patung2 yang beliau reka turut dijual secara onilne dgn harga yang amat tinggi!kaya beb!!!Nerina merupakan antara patung yang tertinggi harganya.
Fakta menarik : Patung2 yg beliau reka dicipta menggunakan sisik asli ikan dan taring binatang laut yang real!wowowowo!!!!
so..lepas ni kalau korang ada dibluetooth video duyung tu..korang jgn tertipu lak kalau kwn korang kata duyung tu ditemui di Malaysia,Sabah or semenanjung.ok ?coz ramai kengkawan aku jadi mcm tu....tiap kali aku dgr mereka mentioned pasal nerina tu..aku ketawa sendiri.wahahah..mudahnya org kita percaya menda2 yang karut mcm nih!!
hahahaahah

FINAL !!!!!

perjuangan bermula...aku kena siapkan senapang, perisai dan helmet utk menghadapi THE SHOWDOWN...haha.Semalam paper accouting,hah!Target ar..kacang je soalan!!
uhuhhuhu